Thursday, 9 August 2012

Ku Serah Segala Ketentuan Pada MU





Ku serah segala ketentuan 
Biarlah masa yang berbicara 
Dipangku wajah yang layu 
Dan aku telah jemu 

Aku tidak mahu berpaling 
Pada yang mengganggu dan menggugat 
Sapanya meletihkan diri 
Hadirnya mengundang penat 

Akan ku serah cinta ini 
Bukan lagi pada manusia 
Kerana cinta martabat itu 
Bersalut segunung kepalsuan 
Dan kepuraan 

Aku semakin tidak peduli 
Apa yang mungkin akan terjadi 
Kerana gerak dan tindakanku 
Mahu bebas dari masalah 

Ku serahkan cinta ini 
Hanya padaMu, oh Tuhan 

Akan ku serah cinta ini 
Bukan lagi pada manusia 
Kerana cinta martabat itu 
Bersalut segunung kepalsuan 
Dan kepuraan 

Aku adalah aku sekarang 
Biar terbuang tetap berjuang 
Akan ku serahkan jiwa ini 
Sepenuh hati dengan keikhlasan 
Aku adalah aku yang sekarang 
Ku serahkan cinta ini 


Wednesday, 4 July 2012

"Ritma Kehidupan"

IMPIAN bukan untuk dihajati... kerana IMPIAN untuk dimiliki...
CINTA bukan untuk menerima... kerana CINTA untuk diberi....
KASIH bukan untuk dijual beli... kerana KASIH adalah untuk dihargai...
HATI bukan untuk dilukai.. kerana HATI untuk dilindungi dan dijaga rapi...
PERASAAN bukan untuk dicalari.. kerana PERASAAN adalah untuk diawasi...
FIKIRAN bukan untuk dicela... kerana FIKIRAN adalah untuk dihormati.. di HEARTi... juga SANUBARy....

Sunday, 24 June 2012

"JANGAN.. MAKA.... dan JADILAH"

Jangan minta Kesempurnaan andai kita tidak sempurna...
Jangan minta Perubahan andai kita tidak mahu berubah..
Jangan minta Kesetiaan andai kita tidak mampu setia..
Jangan minta Penghormatan andai kita tidak tahu menghormati...
Jangan minta Keikhlasan andai tidak mengenali apa itu ikhlas...
Jangan minta Persefahaman andai kita tidak belajar memahami...

Maka.....

Jadilah insan yang sentiasa ingin menjadi yang sempurna...
Jadilah insan yang cuba merubah diri sendiri menjadi lebih baik...
Jadilah insan yang belajar untuk setia...
Jadilah insan yang menghormati orang lain tanpa minta balas....
Jadilah insan yang mempraktikkan ikhlas didalam sanubari..
Jadilah insan yang memahami orang lain....

Letakkan Allah seadanya...
Benar kata imam syafi'e "menjaga hati semua orang itu adalah sesuatu yang mustahil" dan "jika kita cuba mencari redha semua manusia, maka kita akan tua dalam pencarian tersebut", jika kita ingin orang menghormati kita, belajarlah menghormati, jika kita inginkan keikhlasan maka belajarlah untuk ikhlaskan hati seadanya, jika kita ingin orang berubah maka ubahlah diri sendiri sebelum ingin orang berubah, letakkan Allah dihati insyaAllah akan terasa ketenangan dihati... tidak guna jika ilmu menggunung andai tidak dapat mengawal kemarahan.. kerana api marah jika tidak dikawal akan musnah semuanya...


Wednesday, 20 June 2012

Sharing Is Caring ^^

Di sini ana ada satu cerita sweet yang pernah ana baca.. ana nak share dengan antum semua... selamat membaca.... ^^ 


SWEET sangat...
♥♥♥

 

Semoga pasangan dalam cerita ini berbahagia hingga kesyurga dan Semoga Allah memberkati kita semua. Aamiin .


Bismillah,dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang .
Aku sudahpun menikahi seorg lelaki yang aku tak pernah kenal sebelum ini,walaupun sudah setahun aku tak tahu bagai mana dengan sikap nya.. aku cemburu,tak paham ke dia ni? tolong lah paham. please lah paham, berkali kali aku cakap pun tak kan paham punya lah. Seketika aku menoleh kearah suami ku, dia sdg ketawa bersama teman sepejabat nya yang dia terserempak diparcking kereta disebuah mall. Lelaki okay, bukan perempuan. Tapi skrg yang buat aku cemburu adalah seorang wanita yang dari tadi berada disebelah teman nya itu, pasti itu istri nya..cantik, seksi pulak tue. Telan air liur jelah aku... Aku jeless, kenapa lah laki aku ni.. jangan lah sembang lama lama, mesti dia usha bini org tue. Aku cemburuuu, nak jerit pun dia tak akan paham punya,aku nak cakap pun malu. Baru setahun aku dan dia bina mahligai yang indah ini . malang nya,aku kuat cemburu. Aku akui nya tau. 


Sayang okay tak ni? Dari td abang sembang dgn kawan abang, syg asyik usha je dari dalam kete ni kenapa syg? Cuba cakap. Suami aku masih boleh gelak gelak lagi? Tak nampak ke muka aku yang tengah muncung je ni? Alaaaa, cepat laa pujuk. nak tak nak, aku hanya mengeleng. Suami aku hanya tersenyum melihat gelagat ku,masih sempat dia mencuit pipi ku. Org tengah marah ni, masih nak cuit-cuit. Taknak, aku merajuk. suami ku meneruskan memandu kereta seketika dia memandang ku, kejap kejap senyum. suka lah tue, tengok bini org tue,cantek lagi dr aku. Geram ni.. Grrr 


Syg.. syg nak pergi mana mana tak ? lepas balik dr shopping ,syg nak g mana lagi? Jom,abang bawak nak? suami ku seperti tahu aku sedang merajuk dgn nya. Aku hanya membatu tanpa sebarang respon. Okayy, taknak lah tu kan? balik rumah terus k? suami aku terus memandu laju.. aigoo,nak cakap mcm mana ni? Dia memang takpaham aku. Aku tensionnn, aku cemburu lahh.. aku tengah merajuk ni. Pujukk laa . namun harapan ku sia sia,suami aku masih seperti tdk dapat tahu yang aku sedang merajuk . lampu isyarat merah ,kereta diberhentikan. Tiba tiba disebelah kanan suami ku sebuah kereta myvi, didalam nya seorang wanita yang agak cantik,bukan agak. Tapi memang cantik. Aduhh, ujiann lagi,addoi.. aku makin memuncung kerana suami aku tersenyum senyum sambil memegang jamggut nya yang tak seberapa panjang tu, senyum ? sakit nya hati. Suka lah tu? Perempuan cantik dekat sebelah dia.nak usha,usha je lah. Tak yah nak cover cover sgt . aku seperti hendak menangis,mana tak tension . semua hari ni perempaun cantik je yang dia jumpa . cemburu !
Seminggu sudah berlalu kejadian hari tu masih tak dapat aku lupa kan,hari ini suami aku nak keluar 40 hari (jemaah tabligh). 

 

Tinggal lah aku seorang diri kat rumah,apa lagi ujian time dia nak keluar nanti? Cemburu nya aku. Abang nak pergi dah ni,hati hati tinggal dekat rumah. Abang sayang kan cayang cngat cangat. Tomei nye cyg abang ni. Jgn lupa kat abg taw,jgn tengok laki lain. Abg cubit nanti,aku tersenyum melihat gelagat suami ku sempat dia mencium dahi ku sebelum pergi menaiki motor. Aku pun masuk lah bilik, rindu nya. Padahal tak sampai seminit dia pergi, rasa nak nangis.. tiba tiba tengah tengah baring, aku jumpa sepucuk surat...

 

Aku pun tanpa melengah kan masa, aku baca lah ..yg pasti, surat ni dari laki aku. X mungkin posmen masuk sampai dalam rumah kot. surat nya berbunyi macam ni “sayang oh sayang,abang nak cakap sikit. Sayang cemburu tu makna nya apa ? “ aku sempat menjawab “cintaa” aku meneruskan membaca surat tersebut..“cinta kan syg?syg, syg igt tak?. Syg igt tak waktu abg tgh sembang dgn kawan abang ? abang usha syg taw, takut takut syg usha kawan abg ke kan? Mana lah tahu ,kawan abg kan hensem dari abg. .. sedihh, abang lagi ensem kan syg? Cepat jawab. Abg marah ni... Hehe gurau lah syg.. igt tak waktu dalam kereta dekat traffic light ? abg usha syg senyap senyap taw,syg tahu tak? Kereta dekat sebelah syg tu ada lelaki ensem, lama je dia usha syg.tahu lah istri abg ni cantik,nampak mata je pun dah tahu cntik sgt taw. Tension abg. abang cemburu gila . rasa nak keluar je kereta ,nak marah lelaki tu. Tapi abg sabar,abg pura pura senyum. nasib baik abg sabar taw syg. Byk lagi abg cemburu dgn syg, syg suke buat abg cemburu. Abg diaanugerah kan seorg istri yang cantikk sgt sgt sgt. Yang penting,abg syg kan syg sgt sgt sgt. syg lah anugerah terindah yang 

Allah titipkan buat abg .. 


abg taknak org len, abg Cuma nak syg tahu.. Abg cemburu. Nak buat macam mana ni syg? Abg cemburu sbb abg apa? C.I.N.T.A “ sampai situ je aku baca, aku tak tahan aku terus nangis seketika aku ketawa sambil mengelap airmata ku. Aku terharuuu.. . sedihh :’( suami aku lagi cemburu gila gila dr aku cemburu kat dia. Aku sedihh ... 

 

Sekarang aku tengah tunggu suami aku pulang,semoga dia selamat sampai. Sebab aku dah rindu kan dia sgt . Aku dapat msj dr dia,dia cakap “ abang balik ni,syg jgn bagi abg cemburu lagi taw” insyAllah abang.. satu je aku igt kata kata suami aku dari dulu sampai sekarang “ when we’re cemburu , we’re not gaduh gaduh but we’re in cinta sekali lagi

 

- sweet kan?? ^^

Tuesday, 19 June 2012

"KUASA sabar, redha dan yakin dengan Allah"


Jauh kedalam lubuk hatinya masih mengingatkan kisah hitam menghiris hatinya.... dijendela sepi Iesya mentafsirkan setiap detik perjalanan hidupnya selama 24tahun... Iesya seorang anak gadis yang periang, ceria dan manis... Walaupun ramai yang memandangnya dan tertarik dengan wajahnya yang "baby face" Iesya tetap dengan hidupnya, senyumnya terkandung sejuta rahsia suka dan duka.. Iesya adalah anak bongsu ganti dalam keluarganya, kerana adik yang dilahirkan ibunya tidak diizinkan Allah untuk menjadi adik kepada Iesya...


Iesya... atau nama asalnya Ariesya Zulaikha, anak kelahiran sebuah keluarga yang serba sederhana, zaman kecilnya seperti kanak-kanak lainnya juga.. di imbau kembali ketika hari pertamanya dihantar ke tadika oleh kakaknya... tidak sepatah perkataan atau rengekan keluar dari mulutnya... Iesya seorang yang pendiam,, setibanya di tadika, tidak langsung dihiraukan kakaknya.. menurut seadanya, sewaktu kakaknya melangkah kaki untuk pulang, terlihat wajah Iesya di buaian sedang mendongak ke langit... melihat langit tanpa kerdipan.. barangkali asyik menyerapkan saat-saat hari pertamanya ke bangku sekolah... ^^


Gadis Februari ini berperwatakan keras dan tegar dalam mencapai apa yang di inginkan.. "buat sampai dapat" itu prinsipnya, dari bangku sekolah hinggalah ke menara gading, jiwanya tidak akan tenang jika tidak dapat menjadi di kalangan yang terbaik.. semangat dan cita-citanya tinggi.... setinggi gunung...  ingin dicapainya langit... tetapi, setegar-tegar hatinya, iesya seorang yang lembut dan sensitif...bak kata kakaknya Iesya ni "makhluk perasa" ^^... setiap kata2 orang disekilingnya akan ditafsirkan, seringkali merasakan dirinya melakukan kesalahan... sikapnya yang selalu pentingkan perasaan orang lain, menjadikannya seorang yang mudah didekati, walaupun hatinya, Allah yang Maha Mengetahui...


Minatnya kepada dunia bahasa tidak menghalangnya untuk berkomunikasi, walaupun kelebihannya bukan kepada komunikasi, sebaliknya penulisan.. Iesya seringkali tidak yakin diri apabila berkomunikasi dengan orang ramai, tetapi jika diminta menulis.. itu kelebihannya.. Iesya seringkali merasa rendah diri andai berada dikalangan bijak pandai dan petah berbicara, dia banyak memilih untuk mendengar dari turut sama berbual.... 

 

Dia yang berperwatakkan periang tapi pendiam ini sering diuji dengan dugaan yang berat bagi seorang gadis.. tanda sayang Allah padanya.. Iesya seringkali mengalah andaikata ada perselisihan pendapat, baginya "mengalah tak semestinya kalah" sehinggalah sampai umurnya 21.. dia mendapat tamparan yang hebat, sehinggakan tak mampu untuk dia bersabar lagi.. Iesya mula menjadi seorang yang kurang sabar.. mudah emosi dan tidak banyak berkata-kata lagi... harinya dilalui dengan jiwa yang kosong.. rintihan hanya pada NYA... tidak mahu lagi ia berkongsi dengan manusia... yang sebelum ni menjadi tempat dia mengadu... baginya kini.. "cukuplah Allah bagiku" setiap hari dilalui dengan jiwa yang tenang, Iesya kini berubah menjadi lebih dewasa.. lebih rasional sebelum bertindak... kerana dia kini yakin dengan kuasa "SABAR", "REDHA" dan YAKIN dengan kuasa ALLAH"...



-permulaan karya-

Thursday, 14 June 2012

"Dia Mengetuk Pintu Hatiku"



Dia mengetuk pintu hatiku,
Setelah sekian lama ianya kubiar kaku,
Lembut tutur bicara juga senyumannya ,
Menarik hatiku untuk menyanjunginya,
Dalam mencari ketenangan dan keredhaanNYA..


Ya Allah.. Andai aku tulang rusuknya,
Cantumkanlah semula ia menjadi sempurna,
Bergabung dalam cinta dan RedhaMU,
Agar bertambah hamba yang membela agamaMU..


Tidak ku pinta kesempurnaannya,
Ku terima ia seadanya,
Kerna Engkau lebih mengetahui akan RahsiaMU,
Tidak sesekali ku sangsi akan Qada' dan QadarMU..


Ku terima segala caturanMu dengan berlapang hati,
Hanya Engkau Penyempurna urusan kami,
Dengan keyakinan dihati,
Kuserahkan segalanya di'tangan'MU pemilik hati-hati ini,
Ya Rabb I'zzati...


Dengan doa dan tawakkal bersulam ganti,
Rahmatilah hidup dan mati kami,
Di bawah naungan a'rashmu Yang Maha Mengasihani....


Buat dia yang mengetuk pintu hati ini,
Akan ku tunggu kehadiranmu dalam hidupku,
Andai engkau yang tercipta buatku,
Kunantikanmu dengan penuh sabar di 'batas waktu'




-cetusan pencari redha Ilahi-

Wednesday, 13 June 2012

Ketenangan Abadi Seorang Hamba Yang Diuji


"Ujian?? Tiada satu makhluk pun yang terlepas dari ujian Ilahi.. peringkat ujian itu sahaja yang membezakannya... "Allah is the creator"  bila kita ingat kata2 ni... dengan tenang akan mengalir kedalam hati kita... PENGAKUAN.. bahawasanya... Dia... Dia yang menjadikan... Dia yang mengadakan sesuatu yang asalnya tiada... "كن فيكون" hanya Dia yang mampu memberikan kepada kita... Maka... Dia lebih mengetahui apa adanya pada KITA... a.k.a "just hamba" ... baik?... buruk? Allah Yang Maha Mengetahui... tidak akan Allah berikan hujan kilat.. ribut taufan... tsunami meragut nyawa dan seluruhnya.. melainkan.. akan ada pelangi.... manfa'at.. dan senyuman yang indah akan terukir di bibir makhlukNYA... kerana apa??? kerana janji Allah pada HambaNYA itu pasti! tidak perlu engkau dan aku... wahai Anak Cucu Nabi Adam... meraguinya... kerna Dia pemberi... dan Yang Esa wajib kita sembah dan ta'at.. setiapkali kita diANUGERAHkan ujian.... yakinlah dengan "معية الله" dalam kurungan (bantuan Allah) kerana.. Allah tidak akan berikan ujian kepada kita, melainkan hanya inginkan KITA sentiasa bersamaNYA... sentiasa merayu dan meminta.. hanya padaNYA... hannya Dia Kekasih pengaram jantung kita.... yang paling dekat dengan kita.... paling sayangkan kita... paling.. paling dan paling... walaupun ada saat dan ketika kita alpa dan lupakan Dia... lena nyenyak tidak memikirkaNYA... walhal... Dia tidak pernah sama sekali berPALING dari kita.... selangkah kita menghampiriNYA.. seribu langkah Allah dekat dengan kita... sombong, bongkak.. bukan dengan manusia ja.. tp dengan Dia... Dia yang harus kita pelihara diri kita agar tidak MengecewakanNYA yang telah memberikan kita SEGALANYAAaaaaa...... kita selalu sedih bila orang tak nak jaga hati kita kan?? "asyik kita ja jaga hati depa" "xreti ke nak pikiaq orang lain sama" "kepala batu" "dia ja yg betoi".... mcm2 lg la.. kalau dah time marah... tapi kita penah tak ingat... kita penah tak jaga apa yang sebenarnya WAJIB kita jaga? "look at ur'self before the others.. and freely u will get what u want without doubt..." Allah sayangkan kita... sebab tu Allah bagi kita merasa sakit... sakit rohani dan jasmani... bukan semua orang boleh merasa?? Nikmatnya setelah diuji.. hanya akan dirasai MANISnya selepas kita melaluinya dengan sabar... dan REDHA... Allah SAYANGkan kita... Allah nak TARBIYAH kita... Allah bukan nak kita sakit... tapi Allah nak kita jadi yang terbaik.... jadi HambaNYA yang terbaik... Allah2.... MENANGISlah duhai hati..... tangisi kekurangan diri yang kita tidak perbaiki... bukan menangisi kejahatan orang lain terhadap kita... kekurangan orang lain yang kita nampak.... Kita sama sahaja "sama dan serupa"  yang bezanya apa?? bezanya bila kita berusaha memperbaiki diri kita "renovate" balik.... kita nak kesempurnaan.. tapi kita tak sempurna.... macamana tu??


"Duhai Diri Yang Di sayangi.....
Duhai sahabat yang dikasihi....
Sertakanlah rutin harianmu dengan mengingati Ilahi....
Tanamkan Azam Serta Semangat Untuk Berubah dalam mencari Ketenangan di hati....
Hati yang tenang dengan CintaNYA dihati tak akan goyah dek ujian yang diberi...
Yakinlah... Dia tak akan sesekali meninggalkan kita sendiri....
Kerana Dia yang terus disisi kita menemani.....
walau tatkala hidup tanpa insan dicintai disisi....
Dia tetap akan bersama kita sampai mati...."

-nukilan si rama-rama dalam mencari Mardhatillah-